KEBERKESANAN PROGRAM PEKA DALAM PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU
sumber : ( universiti malaya, 2005 )
http://myais.fsktm.um.edu.my/5398/1/5.pdf
Jurnal yang akan dibincangkan ini bertajuk keberkesanan program Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA) dalam penguasaan kemahiran proses sains bersepadu. Jurnal ini ditulis oleh Sharifah Nor Ashikin S.A. Rahman dari Kolej Matrikulasi Pahang bersama dengan Rohaida Mohd Saat dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk meninjau sejauh mana pelaksanaan program PEKA di peringkat sekolah memberi kesan terhadap penguasaan kemahiran proses sains bersepadu; khususnya kemahiran membuat hipotesis, mendefinasi secara operasi, mengawal pembolehubah, merancang eksperimen, melaksanakan eksperimen, serta menganalisis data.
Friday, January 22, 2010
Inilah artikel saya
Posted by norlida ibrahim (202150) at 9:20 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Fiza MMRP bekas....MADA 2006.
Fiza rasa PEKA ganti Peperiksaan Amali SPM tidak berapa tepat kerana penilaian oleh guru di sesetengah sekolah YIK yang tidak mempunyai makmal @ tiada peralatan lengkap radas makmal terhad masa untuk kerja amali.Jadi konstruk II menjalankan eksperiman bagi setiap pelajar dalam tingkatan tidak dapat dilaksanakan.
Saya juga bersetuju dengan pendapat fiza di atas, PEKA tidak beberapa sesuai diaplikasikan di sekolah YIK kerana kekurangan kemudahan peralatan di makmal..tetapi untuk peperiksaan PMR dan juga SPM murid-murid diwajibkan melakukan PEKA sebagai antara syarat menduduki peperiksaan, maka pelajar terpaksa melakukan PEKA tanpa amali dan praktikal..tapi terpaksa melakukan hanya melakukannya merujuk pada buku teks sahaja, malah yang paling penting kefahaman murid mengenai sains adalah berkurangan berbanding dengan pelajar yang melakukan praktikal.
Salam..teman2..
betul apa yang dikatakan oleh teman2 semua.saya pun pernah mengajar subjek sains dan juga terpaksa menjalankan PEKA di sekolah yg mempunyai murid keseluruhan dari Tingkatan 1 hingga 3 adalah lebih kurang60++ orang..dengan keadaan pelajarnya yg teramat kurang dari segi pencapaian akademik serta kemudahan infrastrktur di sekolah yang menyedihkan (sekolah kampung)...mana mungkin PEKA dapat dilaksanakan.namun kerana arahan daripada pihak atasan supaya PEKA wajib dijalankan..saya terpaksa membuat eksperimen di dlm bilik darjah menggunakan bahan-bahan buangan sekeliling yg boleh menggantikan peralatan sebenar(eksperimen batu ladung)...dari pengamatan saya memang mereka seronok melihat batu itu terhayun tetapi mereka tidak memahami kenapa batu itu dihayunkan...oleh itu,beberapa objektif pengajaran&pembelajaran PEKA tidak dapat dicapai...pelajar hanya seronok kerana tidak perlu mendengar guru mengajar tetapi tidak memahami kenapa?pada pendapat saya PEKA berjaya jika dijalankan di sekolah2 yg dilengkapi dengan makmal serta yang paling penting pelajarnya bersedia & tahu apa itu PEKA....tetapi tidak di sekolah seperti yg saya katakan di atas.....
assalamualaikum warahmatullah
Saya juga bersetuju dengan pendapat sahabat-sahabat yang lain.Guru perlu mempunyai inisiatif, kreatif,bersungguh-sungguh dan amanah dalam melaksanakan PEKA dalam erti kata yang sebenar iaitu betul-betul melaksanakan amali, barulah laporan PEKA itu wujud bukannya menfotokopi sejak turun temurun dan akhirnya dapat cemerlang dalam Penilaian PEKA sains. Hakikatnya berapa orang yang sebenarnya belajar dari penghasilan PEKA Sains dengan cara fotokopi sahaja?? Sebab tu kalau sahabat tengok dalam artikel ni pada akhir ayat bahagian Rumusan dan perbincangan penulis tidak mahu membincangkan kekangan yang wujud bagi melaksanakan PEKA, katanya itu bukan skop kajiannya.padahal itulah punca masalah tak sesuainya pelaksanaan PEKA. APA PUN memang saya bersetuju dengan penulis bahawa daripada kajian didapati pelajar lebih berkemahiran dalam penguasaan ilmu sains bila dilaksanakan PEKA sains dengan kaedah yang betul mengikut panduan.
Saya juga bersetuju dengan pendapat kawan-kawan semua kerana amalan meniru laporan PEKA sains tidak dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan dapat menyelesaikan masalah dengan sendiri.PEKA sangat penting contohnya dalam subjek sains tulen dimana kemahiran menghasilkan laporan PEKA dapat membantu pelajar mengingat dan menjawab kertas tiga peperiksaan fizik,kimia dan biologi kerana kertas 3 memang menjurus kearah menjawab dan menghasilkan satu laporan amali yang lengkap.
salam.... objektif PEKA sememangnya baik iaitu untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam penguasaan ilmu sains. walaubagaimanapun PEKA tidak mampu dijalankan dengan sempurna atas kekangan tertentu seperti alat radas makmal yang tidak mencukupi serta tidak ada kerjasama yang baik dalam kalangan pelajar. pelajar memerlukan bantuan sepenuhnya semasa menjalankan aktiviti. Hal ini berlaku kerana kurangnya pendedahan melakukan eksperimen di makmal semasa di tingkatan satu dan dua atas beberapa masalah seperti pertembungan penggunaan makmal dan alatan yang tidak mencukupi.
Post a Comment